Monday, October 1, 2012
laporan 2012
1.0 Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat dan kurnianya selesailah sudah program Minggu Antidadah SK Serengkam 2012 dengan jayanya. Ribuan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja SK Serengkam yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga kerja AADK dan Cikgu Rabiyah SM Teknik Chenor yang telah bertungkus-lumus mengadakan ceramah dan pameran. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua.
2.0 Pengenalan
Seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mensasarkan tahun 2012 sebagai tahun ‘Sekolah Bebas Dadah’, maka pihak sekolah dengan sedaya upayanya cuba untuk menanamkan mesej murni tersebut kepada anak-anak didik di sekolah bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara. Menginsafi bahawa kesedaran ini perlu dipupuk secara berterusan, maka program ini dijalankan selama satu minggu supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat meresap masuk ke dalam pemikiran murid secara berkesan.
3.0 Objektif
Di akhir program, dijangkakan kesedaran murid-murid berkenaan dengan bahaya penyalahgunaan dadah, faktor-faktor yang menyumbang ke arah terjebaknya seseorang kepada aktiviti tidak sihat tersebut serta kesan-kesan penyalahgunaan dadah kepada seseorang individu, keluarga, masyarakat dan juga Negara.
4.0 Permasalahan dan cadangan penambahbaikan
Secara keseluruhannya semua aktiviti yang telah dirancangkan untuk program ini telah dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengalami banyak masalah. Sokongan semua kakitangan, ahli jawatankuasa serta murid-murid yang terlibat adalah begitu menggalakkan. Namun seperti dalam mana-mana program yang dijalankan sebelum ini, masih terdapat kekurangan di satu dua tempat dan oleh itu ia terbuka untuk menerima penambahbaikan.
Masalah yang utama adalah berkenaan dengan kekurangan dana yang dihadapi oleh pengurusan PPDA sekolah. Ini menyebabkan kebanyakan aktiviti yang dijalakan hanya berkitar pada bentuk aktiviti yang telah biasa dibuat di mana-mana sekolah sebelum ini. Kesimpulannya, aktiviti yang boleh dijalankan menjadi terhad dan tertakluk kepada kekangan kewangan yang ada. Oleh yang berkenaan dicadangkan agar program-program yang berkaitan PPDA menerima bantuan sekadar yang termampu oleh pihak-pihak yang berkaitan, seperti PIBG, PPD dan sebagainya.
8.0 Penutup
Semoga dengan segala aktiviti dalam program yang telah dijalankan akan mencapai matlamat utamanya untuk memberi kesedaran kepada semua murid berkenaan dengan bahaya dadah. Kesedaran seperti ini adalah sangat penting untuk dipupuk sejak dari awal lagi bagi menjauhkan mereka terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah apabila melangkah ke alam remaja kelak. Usaha ini perlu dijalankan secara konsisten dan bersungguh-sungguh dan perlu menerima sokongan dari semua pihak agar berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu ‘Sekolah Bebas Dadah 2012’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment