Monday, October 1, 2012

Soalan Kuiz Antidadah Sk Serengkam Nama : Tahun: Markah: Sila pilih jawapan yang PALING TEPAT 1. Apakah organ tubuh badan yang rosak jika kita merokok ? A. Jantung B. Telinga C. Mata D. Kaki 2. Apakah kesan kepada pelajar yang merokok ? A. Berdisiplin B. Rajin C. Cerdas D. Mengantuk 3. Gigi seorang perokok biasanya berwarna....................... A. putih B. kuning C. hitam D. kelabu 4. Pilih pernyataan yangbenar mengenai rokok ; A. Rokok baik untuk kesihatan B. Murid boleh membeli rokok di kedai C. Rokok boleh menyebabkan banyak penyakit D. Rokok boleh menenangkan fikiran 5. Pilih pernyataan yangsalah mengenai punca merokok ; A. Pengaruh daripada kawan-kawan B. Ingin mencuba C. Galakan ibu bapa D. Pengaruh iklan 6. Jika seseorang merokok gigi akan menjadi_________ A. Kelabu B. Kuning C. Kasar D. Kabur 7. Orang merokok badan tidak________ A. Wangi B. Kering C. Busuk D. Sihat 8. KatakanTidak kepada__________ A. Api B. Beras C. Ayam D. Rokok 9. Orang yang merokok mudah dihinggap________ A. Duitp B. Penyakit C. Kawan D. Cacat 10. Hidup__________ tanpa rokok A. Merana B. Sihat C. Sedih D. Gembira 11. Orang yang_ ______ umpama membakar wang. A. Merokok B. Menari C. Belajar D. Menabung 12. Kanak-kanak_______ membeli rokok. A. Harus B. Mesti C. Dilarang D. Perlu 13. Aktiviti_ ______ boleh mengatasi tabiat merokok. A. Bersenam B. Bertenang C. Makan D. Tidur 14. Pilihlah kawan yang tidak_______ A. Makan B. Merokok C. Tidur D. Belajar 15. Anda seorang yang______ jika tidak merokok A. Bijak B. Pergi C. Penting D. Berubah 16. Pengaruh________ merupakan salah satu punca murid merokok. A. Adik beradik B. Rakan sebaya C. Orang ramai D. Kucing 17. Dalam sebatang rokok, terdapat bahan_________ yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada perokok. A. Pewangi B. Kimia C. Asid D. Rempah 18. Kanser______ adalah antara pelbagai penyakit yang menimpa seorang perokok. A. Perut B. Otak C. Paru-paru D. Hidung 19. Merokok akan mempercepatkan proses penuaan dan kulit cepat______. A. Tegang B. Berkedut C. Luntur D. Bengkak 20. Air daun yang boleh memabukkan? A. Air Ketum B. Air Kesum C. Air Kundur D. Air Soya

real cost of smoking

There are numerous hidden costs associated with smoking that most people fail to consider. These costs are rarely examined when people talk about how much their smoking habit costs. Some of these costs arise due to higher payments associated with the risks of smoking while others result from a decrease in asset value due to smoking. All told, these hidden costs of smoking can increase the actual amount a smoker pays each year several times the cost of the cigarettes alone. This site examines some of the costs of smoking that you may not have considered before. While your health should be the main reason to quit smoking, when you come to realize that you may be spending close to $10,000 a year because of your smoking habit, this may be one more motivating force to kick the habit: Life Insurance: Smokers have a greater risk of dieing at a younger age than non smokers and this risk is reflected in higher life insurance premium payments. Health Insurance: Smokers have a greater risk of medical problems than non smokers and this risk is reflected in their medical insurance premium payments. Health Care: Since smokers frequently have more medical problems than non smokers, they must pay more to take care of these problems. Medications: More medical problems for smokers usually results more prescription medicine taken by smokers than non smokers. Home Owner's Insurance: Smokers have a greater risk of burning down their house than non smokers and this risk is reflected in higher home owner's insurance premium payments. Value of the House: Smoking leaves a bad smell in a house thus decreasing the value to potential buyers. Value of Your Possessions: Just as with the house, smoking leaves a bad smell to many of the items in your house thus decreasing their value. Car Insurance: Smokers have a greater risk of getting into a car accident than non smokers and this risk is reflected in their car insurance premium payments. Car Resale Value: Smoking leaves a bad smell in a car thus decreasing the value to potential buyers or when traded-in for another car. Earn Less Money: Studies have found that smokers earn between 4% to 11% less money than their non smoking counterparts. Less Social Security / Pension Benefits: Since smokers earn less than non smokers, they receive less overall social security and pensions benefits than non smokers. Cost of Cleaning: Whether its the inside of their home, the inside of their car or their clothes, smokers have to spend more to keep things clean. Dental Care: Smokers spend more on dental care and special dental products than non smokers. Lost Interest: All the extra money that smokers must spend means that money can't be saved resulting in lost interest. Cost of quitting -nicotine patch -gas cigar - various camp - When you look beyond the cost of the pack of cigarettes and incorporate all the other monetary costs associated with smoking, you begin to see smoking is a huge drain on ones personal finances. 45,000 100,000 20-25

laporan 2012

1.0 Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat dan kurnianya selesailah sudah program Minggu Antidadah SK Serengkam 2012 dengan jayanya. Ribuan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja SK Serengkam yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga kerja AADK dan Cikgu Rabiyah SM Teknik Chenor yang telah bertungkus-lumus mengadakan ceramah dan pameran. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua. 2.0 Pengenalan Seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mensasarkan tahun 2012 sebagai tahun ‘Sekolah Bebas Dadah’, maka pihak sekolah dengan sedaya upayanya cuba untuk menanamkan mesej murni tersebut kepada anak-anak didik di sekolah bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara. Menginsafi bahawa kesedaran ini perlu dipupuk secara berterusan, maka program ini dijalankan selama satu minggu supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat meresap masuk ke dalam pemikiran murid secara berkesan. 3.0 Objektif Di akhir program, dijangkakan kesedaran murid-murid berkenaan dengan bahaya penyalahgunaan dadah, faktor-faktor yang menyumbang ke arah terjebaknya seseorang kepada aktiviti tidak sihat tersebut serta kesan-kesan penyalahgunaan dadah kepada seseorang individu, keluarga, masyarakat dan juga Negara. 4.0 Permasalahan dan cadangan penambahbaikan Secara keseluruhannya semua aktiviti yang telah dirancangkan untuk program ini telah dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengalami banyak masalah. Sokongan semua kakitangan, ahli jawatankuasa serta murid-murid yang terlibat adalah begitu menggalakkan. Namun seperti dalam mana-mana program yang dijalankan sebelum ini, masih terdapat kekurangan di satu dua tempat dan oleh itu ia terbuka untuk menerima penambahbaikan. Masalah yang utama adalah berkenaan dengan kekurangan dana yang dihadapi oleh pengurusan PPDA sekolah. Ini menyebabkan kebanyakan aktiviti yang dijalakan hanya berkitar pada bentuk aktiviti yang telah biasa dibuat di mana-mana sekolah sebelum ini. Kesimpulannya, aktiviti yang boleh dijalankan menjadi terhad dan tertakluk kepada kekangan kewangan yang ada. Oleh yang berkenaan dicadangkan agar program-program yang berkaitan PPDA menerima bantuan sekadar yang termampu oleh pihak-pihak yang berkaitan, seperti PIBG, PPD dan sebagainya. 8.0 Penutup Semoga dengan segala aktiviti dalam program yang telah dijalankan akan mencapai matlamat utamanya untuk memberi kesedaran kepada semua murid berkenaan dengan bahaya dadah. Kesedaran seperti ini adalah sangat penting untuk dipupuk sejak dari awal lagi bagi menjauhkan mereka terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah apabila melangkah ke alam remaja kelak. Usaha ini perlu dijalankan secara konsisten dan bersungguh-sungguh dan perlu menerima sokongan dari semua pihak agar berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu ‘Sekolah Bebas Dadah 2012’.